1 hari sebelum raya:
-Pagi2 lagi selepas sahur kami sekeluarga dah siap2 mandi.. hari ni kami akan pulang ke kampung.. di Parit Perak... yayyyyyyyyy... :) waktu 7.30 pagi kami dah memulakan perjalanan. takut2 perjalanan menjadi lebih sesak.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kenderaan kurang. barangkali ramai sudah pulang lebih awal. mengikut kata kawan2 yang pulang juga, kebanyakan jalan pada hari ini sangat tenang. tak sesak. macam tak raya je. hehe Pukul 11.30 pagi baru sampai kampung.. perjalanan selalunya amik masa 3jam 30minit. tapi kami ada singgah pasar kat pekan Bota Kanan. beli sikit2 buah2an, barang2 nak buat kek, dan macam2 lagi.. :D Sampai je tengok lemang dan rendang tengah masak.. nenek dah tak berapa larat.. makcik yang tolong. pastu kami take over lak.. :) sempat juga pergi ke 'tebing'.. air sungai agak dalam masa ni.. jadi tengok je la.. round2 jap, pastu terus sambung buat kerja..
Petang tu kami ke kubur atok dan pakcik makcik belah umi.. Alhamdulillah, kubur mereka di jaga rapi oleh penduduk kampung.. itulah rumah 'kekal' untuk kita bila sampai waktunya.. :)
Masa untuk berbuka.. memang best.. macam2 ada.. sup ayam, ikan patin bakar, ayam masak serai, pe lagi, air sirap tembikai.. penuh woo perot.. :D Alhamdulillah, malam ni, di umumkan esok RAYA!!!
Raya Pertama:
-seawal jam 5.30 pagi saya dah bangun. Mengikut rancangan, pagi raya ni, kami akan beraya di rumah saudara-mara belah ayah di Ipoh.. kena bangun awal. maklumlah, adik beradik ramai.. kang nak tunggu turn mandi boleh tertidur kat tangga.. hehe.. ingat nak bertolak pukul 7 tapi apakan daya, terlajak juga sampai pukul 8.. gara-gara lama sangat termenung dalam bilik air.. >_ kami akan solat raya di Ipoh, tapi melihatkan waktu bertolak macam tak sempat je. jadi kami tawakkal je masa ni.. InsyaALLAH ada rezeki pasti ALLAH permudahkan perjalanan kami kan.. Singgah sebentar di Petronas, nak beli air mineral.. tertarik juga pada cashier dia.. hehe kesian pada dia sebab raya pertama tak dapat pulang ke rumah.. nak bagi duit raya, poket kosong.. sorry ye.. :) sempat la bual2 gitu je. .tak sempat minta no tepon pun.. hikhikhik Kemudian perjalanan bersambung kembali.. makan masa sejam juga.. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar. redup je. tenang. sampai di surau, terkejutnya kami sebab dorang tak solat raya lagi. rezeki ALLAH bagi.. :) saya tak masuk dalam.. temankan adik dalam van.. yang lain2 solat raya..
[Betol orang kata, rezeki takkan ke mana.. ALLAH maha pengasih pada hamba-Nya. bila terlewat jangan nak rush2 sangat masa memandu.. kemungkinan perjalanan kita akan bertambah lambat(eksiden, kereta rosak, dan lain2).. sentiasa tenang dan berhemah di jalan raya :) ]
-sesudah solat, kami menziarahi kubur atok, nenek, makcik dan pakcik belah ayah.. itu sahaja masa yang ada.. balik ke kampung pun setahun sekali.. huhu lepas itu, terus kerumah makcik.. berkumpul ramai2 sebelum bergerak ke Sunway City, rumah Paklong.. sempat bergambar satu family.. akak dan hubby takde kerana mereka beraya di Rawang.
Jam menunjukkan 12 tengah hari. kami tiba di Sunway City.. pertama kali datang sini.. memang cantik. agak2 bila boleh dapat rumah macam kat sini? ehehe
Kemudian dapat mesej dari makcik kat Parit. Pakcik dari Lumut datang.. kami pun terpaksa memisahkan diri dari rombongan kerana dah lama sangat tak berjumpa pakcik dari Lumut.. dekat pukul 2.15 petang kami sampai.. terus bersalaman dengan pakcik. paling gembira tentu lah Umi.. dah lama tak jumpa.. huhu 30 minit kemudian akak dan hubby pun sampai.. Alhamdulillah memang rezeki kami sekeluarga pada raya pertama.. macam2 berita gembira kami dapat..:) Syukur pada ALLAH kerana memberi nikmat-Nya pada kami hari ni. :)
Raya Kedua:
-Hari ni turn ronda2 kampung Parit lak.. jadual agak lari juga hari ni.. jadual semua terlewat.. sempat ziarah dua buah rumah sahaja.. Rumah Opah Nde dengan Tok Anjang.. masing2 dah berumur.. dah tak berapa larat.. Semoga mereka di beri kesihatan yang baik dan kecerian di hati.. :')
Singgah ke pekan Parit sebentar.. Sesak juga jalan.. Panas terik.. Umi nak beli penyapu.. Adik nak cari parang.. macam2 dorang ni nak beli.. haish.. saya lak nak cari Pasembor.. hikhikhik sedap woo.. tapi rezeki tak menyebelahi pada hari ni. cepat betol habis.. nak beli air pun takde.. agak hampa juga.. :(
[Satu kita kena ingat.. Kalau setiap hari kita gembira, bila masa kita nak rasa sedih, sudah dan sebagainya kan.. Ada masa rezeki kita melimpah ruah, ada masa kurang je.. tapi masa rezeki melimpah ruah, kongsi lah bersama mereka yang memerlukan.. Masa rezeki tak menyebelahi kita, jangan merungut.. InsyaALLAH.. ALLAH menjanjikan setiap insan yang bertakwa dan beriman pada-Nya pasti akan diberi rezeki yang melimpah ruah.. :) ]
Raya Ketiga:
-Hari ni kami semua akan pulang ke Selangor.. huhu sedih.. cepatnya masa berlalu.. sebelum pulang, sempat juga amik picture keluarga.. untuk pertama kalinya, semua ahli ada dalam picture ni.. terima kasih NIKON.. jasa anda amat di kenang :) pukul 11.30 pagi baru kami bergerak.. agak lewat juga.. singgah beli buah2an.. perjalanan pada peringkat awal agak slow di kawasan Gua Tempurung dan Gopeng.. Setiba di Slim River perjalanan amat lancar.. Alhamdulillah hampir pukul 3.00 petang baru sampai rumah.. kemas sikit2, angkat barang, terus solat.. pastu berehat.. Hari Raya yang sangat bermakna pada diri saya dan harap2 pada keluarga saya juga.. :)
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA"
Gambar2 di kampung